Hana membetulkan letak beg galasnya di bahu.
Sebelah tangan lagi lincah sahaja mengunci pintu pagar kedai Bak’s Florist.
Sepatutnya Jess menemaninya untuk membuat closing hari ini. Tetapi tadi
Jess mendapat panggilan kecemasan. Teman lelakinya ditimpa kemalangan.
Memandangkan hanya tinggal sejam lagi sebelum kedai tutup, Hana okey sahaja
ditinggalkan seorang diri. Tak logik la pulak nak panggil orang cover Jess
untuk sejam sahaja kan?
Usai mengunci pagar kedai, Hana cepat-cepat
melangkah ke arah tempat parkir. Sudah lama Hana tidak memandu sebenarnya. Ada
sahaja orang yang menghantar. Dina la. Rain la. Tetapi sejak bertekak dengan
Rain, Hana malas dah nak berjumpa dengan orang ‘itu’. Tak tahu kenapa rajuk
Hana kali ini berpanjangan. Dia benar-benar terasa hati dengan perlakuan Rain
tempoh hari!
“Hi you.”
Hana yang sudah jauh mengelamun tersentak
apabila ditegur seseorang yang sedang bersandar di tepi kereta Myvinya.
Hana tidak menyahut. Dia tunduk menyeluk
kunci kereta yang terletak di zip depan beg sandangnya. “Hana penat. Hana nak
balik.” Acuh tak acuh Hana menjawab. Hana memang penat sebenarnya. Seharian di
kedai bunga, tubuhnya terasa melekit. Tak selesa nak berhadapan dengan Rain
dalam keadaan mengejut begini. Lainlah kalau memang dah berjanji.
Sekurang-kurangnya Hana sempat sembur minyak wangi, betulkan rambut dan salin
pakaian sebelum bertemu.
“Nope.” Lekas-lekas si dia bergerak
menghalang Hana daripada membuka pintu kereta. “Abang tak akan izinkan sayang balik selagi kita tak bercakap.”
Hana memusingkan tubuh menghadap Rain. Malas
hendak bergaduh. “Okey, cakaplah.”
“Sorry.” Sepatah Rain mengucapkan
sambil menghulur sejambak bunga kepada Hana.
Hana hanya memandang sepi huluran bunga
tersebut. ‘Scuse me? Aku kerja kat kedai bunga kot. Nak hadiahkan diri
sendiri bunga pun boleh. I don’t need no man to give me flowers! Bentak
hati Hana.
“Sayang.” Rain meraup wajahnya apabila
melihat reaksi Hana yang masih lagi kaku. “Abang message, sayang bluetick.
Abang call, sayang tak angkat. Sayang nak abang cakap apa lagi? Abang
dengan that girl tak ada apa-apa. Abang tak nak that girl. Abang
nak this girl. Yang tengah diri depan abang sekarang ni.” Lembut suara
Rain menerjah cuping telinga Hana, cuba mencairkan hati Hana yang dingin.
Hana diam. Sedikit tersentuh dengan kata-kata
Rain yang cuba memujuk.
“Abang sayang Hana sangat-sangat. Seminggu
sayang ignore abang, hidup abang rasa tak lengkap. Abang rindu suara
sayang. Rindu makan dengan sayang. Sayang tak rindu abang ke?” Soal Rain lirih.
Hana yang enggan bertentang mata dengan Rain
terkejut apabila lelaki itu bertindak mendongakkan dagunya sedikit supaya Hana
membalas pandangannya. Spontan dia menolak tangan Rain agar tidak menyentuh
dirinya.
“Tapi…Hana tetap nak tahu siapa dia dalam
hati abang sampaikan abang…..”
“Berapa kali abang nak cakap, she is no one,
faham tak?!” Potong Rain sebelum sempat Hana menghabiskan ayat. Tinggi nada
suara Rain menjerkah sampai terhinggut bahu Hana akibat terkejut. “Kenapa susah
sangat nak faham ni??”
Hana terdiam tidak menyahut. Dia benar-benar
terkejut dengan reaksi Rain. Airmatanya sudah mula bertakung di tubir mata.
Bukannya Rain tidak tahu kisah silam Hana. Hana memang pantang kalau orang
tinggikan suara. Hana memang tidak boleh berhadapan dengan situasi itu. Bukan
sekali Rain buat begitu. Masuk kali ini, sudah dua kali Rain tinggikan suara padanya. Semuanya kerana perempuan itu!
Menyedari wajah Hana yang sudah bertukar
merah padam dan airmata yang menunggu masa sahaja sebelum jatuh mengalir di
pipi mulus Hana, Rain sedar dia sudah tersilap langkah. Sepatutnya Rain ke sini
untuk memujuk. Bukan untuk mengeruhkan lagi keadaan!
“Sayang, sorry. Abang tak sengaja
tinggikan suara. Sorry. Sayang -” Rain mendekati Hana dan cuba mencapai
tangan gadis itu namun cepat-cepat Hana menepis.
“Kalau she’s no one, abang tak akan
tinggi suara dan marah-marah Hana macam ni.” Bergetar suara Hana menuturkan
sebelum memboloskan diri ke dalam kereta. Tanpa menunggu sesaat pun, Hana terus
menghidupkan enjin dan memecut pergi.
I FREAKING HATE YOU, ASYRAF BAHRAIN.
***
“Hana, kau kenapa?” Dina yang sedang elok
mengunyah keropok twisties sambil menghadap Stranger Things di Netflix
terkejut apabila pintu rumahnya dihempas kasar. Gedegang bunyinya macam
gempa bumi!
Hana langsung tidak membalas. Terus menonong
ke dalam bilik. Sebelah tangannya menggalas beg, sebelah lagi seolah-olah
sedang sibuk menyeka airmata.
Dina tidak tunggu lama. Spontan dia mengambil
telefon bimbit dan mendail nombor abangnya, Rain. Dina tahu, tadi Hana berjumpa
dengan Rain. Rain sepatutnya pujuk Hana dan ajak Hana pergi gamenya Ahad
ni. Kalau dah fasa pujuk memujuk patutnya happy ending la kan. Tapi
apakejadah Hana balik rumah menangis-nangis?
“Sorry, dik.” Tidak sampai tiga
deringan, panggilan Dina berjawab. Rain di hujung talian sudah memohon maaf
terlebih dahulu. “Abang tak sengaja.”
“Tak sengaja apa?!” Dina yang tadinya duduk
terus terbangun. Sebelah tangannya mencekak pinggang. Dia tahu abangnya kalau
marah memang pelbagai perkara boleh terjadi. “Did you lay your hand on
her?!” Soal Dina separuh menengking.
“Tak! Of course not!” Laju sahaja Rain
menafikan. “It just didn’t go as planned.”
“Dah tu? Kenapa Hana balik nangis-nangis?” Ni
kira kali kedua dalam masa seminggu okey. Lepas double date tak jadi tu
pun Hana pulang ke rumah dalam keadaan patah hati. Hari ni rasanya dah level
up remuk hati kot. “Apa yang susah sangat nak jaga hati Hana ni, bang?”
Dina mengendurkan suara. Sedar, kalau dia marah-marah sekalipun, ia tidak akan
membantu.
“She asked about Maira.” Rain membuka cerita ingin berterus terang.
“No, she insisted to know about Maira.”
Dina melepaskan keluhan berat. “Abang,
don’t you think she deserves to know the truth too?”
“Adik tahu kan abang memang pantang when
it comes to her. Everytime I think of her, I get triggered. Abang
memang tak dapat kawal perasaan abang bila Hana berdegil tetap jugak nak tahu
siapa dia.”
“Forget it lah abang.” Dina pun geram
mendengar kata-kata Rain. Bukan Dina tak mahu menangkan Rain. Dia tahu.
Abangnya tak sengaja. Tapi kalau Rain pilih untuk menjadikan Hana sebagai suri
hatinya, lambat-laun Rain perlu berterus terang jugak. “Dina rasa buat masa ni,
abang jangan kacau Hana lah. Focus on your game. Give her some space.”
Untuk seketika, Rain terdiam tidak menyahut. “Will
she be okay?”
“She will. Just give her some time. Jangan ganggu Hana. Hana pun rimas agaknya
dengan sikap abang macamni.”
Rain di hujung talian sekadar menghela nafas
panjang. “Sorry.”
“Kadang-kadang abang kena faham, sorry je
tak cukup untuk selesaikan masalah.” Bebel Dina masih lagi tak puas hati.
“Nanti Dina cuba cakap dengan Hana. But for the time being, Just. Leave.
Her. Alone. Okay?”
Rain melepaskan keluhan berat. “Roger, boss.”
***
Bunyi loceng yang bertalu memaksa Aiman yang
sedang bermalas-malasan di atas sofa bujangnya bangun. Dia mengerutkan dahi
tatkala terpandang Dina yang sudah lengkap berpakaian pramugari bersama
sebuah bagasi di sisi sedang tercegat berdiri di hadapan rumahnya.
“Hi Dina, what’s up?”
“Can we talk?” Suara Dina yang menyapa gegendang telinga
kedengaran tidak seceria selalu. Macam ada sesuatu je.
“Kenapa macam serious sangat? Sure,
we can talk.” Aiman membuka mangga grill dan berdiri di hadapan
pintu. Kekok. Nak jemput masuk, karang tak pasal-pasal je kena tangkap khalwat
malam-malam begini.
“I nak mintak tolong you tengok-tengokkan
Hana.”
“Huh, kenapa? Hana sakit ke?” Spontan aura
kerisauan terpampang jelas di wajah Aiman. Dahinya berkerut seribu. Tak makan
lagi ke budak tu? Asyik low blood je. Pelbagai andaian mula bermain di
minda Aiman.
“Yaa…” Dina teragak-agak hendak membuka
cerita. “Sort of. Sakit hati.”
Eh? Aiman menjungkit kening. “Gaduh dengan
Rain?”
“Yeah.”
“Jap. Jap. So you nak I tengok-tengokkan
Hana?”
“Yeah. Sebab I nak fly ni. This
weekend I takde. Takut Hana pengsan kat rumah ke tak makan ke apa ke.”
“No hal. Boleh je I buat rounds
nanti,” ujar Aiman bergurau. “Tapi…I pelik. You nak suruh I
tengok-tengokkan girlfriend abang you? How can you trust
another guy untuk tengokkan girl abang you?”
“Sebab kita kan berjiran. Abang I jauh. Besides,
diorang tengah bergaduh. I tak rasa Hana akan angkat his calls. Also,
I percaya you baik.” Panjang lebar Dina menjelaskan rasionalnya.
Memang siapa lagi yang boleh Dina harapkan kalau bukan Aiman? Sejak kejadian di
lif tempoh hari, Dina tahu, Aiman seseorang yang boleh dipercayai. Kalau tidak,
dalam keadaan Hana tidak sedarkan diri tu, macam-macam boleh berlaku. Tetapi
Aiman menjaga Hana dengan sangat baik. Lagipun, Aiman ni memang ada aura budak
baik. Tak tahu lah macammana nak explain. Aura orang selalu angkat wuduk
kot?
Aiman mengerutkan dahi keliru. “I
baik? Is that a compliment or something?”
“Compliment la. You memang baik.”
“Kenapa I rasa offended eh?” Balas
Aiman dengan sengihan yang bermain di bibir. “Girls suka bad boys kan.
Mungkin sebabtu I tak laku. I baik sangat.”
Dina tertawa lepas mendengarkan pengakuan
Aiman. “Well I can’t speak for other girls. I taktahu. Tapi untuk I, I
suka gentleman. Macam you la. Cuma you tak masuk dalam list
I. I’m a bit tall for you. Besides, taste I lelaki cina macam mamat cerita Sweet
Dreams tu and –“ Tergantung ayat Dina tatkala telefon bimbitnya bergegar.
“Alamak Grab I dah sampai. I gotta go! Jangan lupa pesan I
tu okey!”
Tanpa menunggu, Dina terus melangkah pergi
memasuki perut lif. Kebetulan, lif sudah pun berhenti di tingkatnya kerana Dina
sudah menekan butang lif sebelum mengetuk pintu rumah Aiman tadi. Dina sekadar
mencuba nasib tetapi tidak disangka pula Aiman ada di rumah pada malam Jumaat
begini.
Aiman menggelengkan kepala. Dina, Dina. Kalau
membebel macam bertih jagung. “Have a safe flight, Dina!” Ucap Aiman
sambil melambaikan tangan kepada gadis itu sebelum pintu lif tertutup rapat.
Akalnya ligat memikirkan apa yang harus dilakukan untuk membantu Hana. What’s
the best remedy to fix a brokenheart, eh?
***
Aiman menekan loceng di depan rumah Hana
untuk kali ke-seratus. Aiman nekad, kalau Hana tak buka juga pintu, Aiman akan
gantungkan sahaja bungkusan itu di pintu. Apabila pintu tetap juga tidak
dibuka, Aiman pasrah. Dia menyusun langkah untuk pulang ke rumah. Memang orang
patah hati begini gamaknya. Duduk dalam gua tak nak keluar lagi dah kot.
Bunyi pintu yang terkuak membuat Aiman
menoleh ke belakang. Nyaris-nyaris Aiman tergelak tatkala terpandang gadis
berpagoda putih, berkain batik dengan rambut disiput ke atas dengan penyapu di
tangan. “Errr….hi maid Dina?”
Hana acah-acah menghunus penyapu tersebut ke
arah Aiman. “Berani la panggil I maid lagi!” Suka-suki je.
Aiman menjungkit bahu. “Well…you’re
wearing exactly this when I first saw you that day.”
“You nak apa? I ingat salesman mana
datang tekan bell tak henti. On a Sunday morning pulak tu!” Bebel Hana
sambil mencekak pinggang.
“I nak bagi you tu.” Aiman
mengarahkan dagu ke arah bungkusan plasik merah yang tergantung di pintu pagar
Hana.
Hana spontan memandang ke arah yang
ditunjukkan Aiman. Bungkusan plastik merah itu diambil lalu dibuka tupperware
yang terdapat di dalam plastik tersebut. Hana memicingkan mata. “Brownies?”
“Yup.”
“Beli kat mana?”
“Fresh from the oven.”
Hana mendekatkan tupperware tersebut ke
wajah. Aroma kek coklat yang baharu sahaja dibakar menusuk rongga hidungnya.
“Sedapnya bau. You bake ke?”
Laju sahaja Aiman mengangguk. “Lepas subuh
tadi.”
“Wow. Rajinnya anak dara bake
brownies di pagi Ahad yang indah ni,” usik Hana diiringi tawa kecil. Amboi,
sedang hati berduka lara pun masih boleh beramah-tamah ye Hana?
“I saja nak baking tapi kalau I makan
sorang weird kan so I bagi je lah kat you,” jelas Aiman
panjang. Semalaman la juga Aiman duk fikir apa nak bagi untuk pulihkan hati
orang yang sakit hati akibat bercinta ni without being too obvious. Encik
Google kata coklat. Aiman pun dah lama tak baking sejak berpindah ke
sini. Kiranya, brownies Hana ni lah yang rasmikan ketuhar Aiman yang
sejak sekian lama duduk dekat stor nun.
“Thanks, Aiman. Nak makan sekali?”
Pelawa Hana.
Aiman laju sahaja menggeleng. Siot je. Takkan
nak masuk rumah Hana. Dina kan tak ada.
“Tunggu kejap.” Pinta Hana sebelum memberikan
Aiman semula bungkusan merah tersebut. Dia berlari masuk ke rumah sebelum
muncul kembali membawa dua stools Ikea kecil yang berwarna-warni. Hana
mengambil sebuah stool lalu melabuhkan duduknya di situ. Sebelah lagi
disuakan kepada Aiman.“Meh duduk sini.”
Aiman mengambil bangku tersebut dan
meletakkannya jauh sedikit daripada Hana. Hana kemudian meminta kembali
Tupperware berisi brownies yang diberikan tadi.
Aiman tersengih sendiri melihat perbuatan
mereka berdua. Tak pernah dibuat orang. Berpiknik di hadapan pintu rumah sambil
makan brownies untuk sarapan. Weird. Tapi comel.
“I tak tahu pun you suka
baking?” Soal Hana sambil mencapai sepotong lagi brownies daripada Tupperware.
Sedap. Very moist. Ni bukan brownies tiga bahan macam yang kita
selalu nampak di Instagram Food Hacks tu. Ni memang resipi brownies orang
yang mahir buat!
“Banyak lagi tentang I yang you tak
tahu, Cik Hana,” balas Aiman sambil mengukir senyum nipis di bibir. Dia turut
mencapai sepotong brownies yang disuakan Hana lalu dikunyahnya perlahan.
Tak tahu malu betul. Walhal di rumah ada baki lagi setengah baking tin!
“Takpe. Yang I tahu, you baik.”
Erkk? Aiman rasa nak tersedak brownies yang
ditelan tadi. Ni kali kedua orang cakap dia baik dalam tempoh kurang lebih 48
jam. “Kenapa? You nak tengok sisi jahat I ke?” Geram Aiman
menyoal. Being nice is sometimes a curse, tahu tak?
“You ada ke sisi jahat?” Hana soal
kembali sambil menjungkit kening.
“Kalau I ada sisi jahat, I rampas
you daripada Rain lama dah.”
“Ehhhhhhhh?”
Hana pandang Aiman. Aiman pandang Hana.
“Okay. This is awkward.” Aiman rasa nak sepak diri sendiri.
Sebenarnya itu sepatutnya monolog dalam hati. Entah macammana boleh terlepas
kuat-kuat pulak. Arghh apa kau dah buat ni Aiman??
Suasana menjadi hening buat seketika. Dua-dua
terkelu lidah. Tidak tahu hendak berkata apa.
“Actually….” Hampir lima minit
kemudian, Hana menuturkan untuk memecah kesunyian antara mereka berdua.
“Kalau nak difikirkan, I pun bukannya baik sangat. Kalau I baik, I tak
akan keluar dengan you.”
“And you still do…because?”
“Entah. I tak bermaksud nak ambil kesempatan
atas you. I minta maaf kalau you terasa hati. I tak tau I
berkawan dengan you sebab I nak rebel against Rain ataupun sebab I
selesa dengan you. Either way, I tak baik. Do you think we should
stop seeing each other?” Soal Hana sambil mengalih pandang ke arah Aiman
yang duduk di sebelah.
Aiman menarik nafas panjang. Entah kenapa
soalan Hana umpama belati tajam yang mencucuk-cucuk ke tangkai hatinya. “I
faham.” Aiman mengukir senyuman paling manis di bibirnya sebelum bangun dan
mengibas punggungnya yang sedikit berpasir. “Kalau you pengsan ke apa
ke, I biarkan je okey?”
Hana menjegilkan mata. “Itu darurat la gila.”
Aiman tersengih. “I doakan yang
terbaik untuk you. I balik dulu.”
Hana turut bangun dan menghantar langkah
Aiman pulang ke rumah sebelah melalui pandangan mata. “By the way, Aiman!”
Panggil Hana sebelum Aiman memulas tombol pintu rumahnya.
Aiman berpaling, memandang Hana. Matanya
dikecilkan. “Yep?”
“Thanks for the brownies.”
Aiman tersenyum lagi. “No biggie.” Dia
melangkah pulang ke rumah. Pintu dikunci. Tubuhnya dihenyakkan ke atas sofa.
Aiman menarik sebiji bantal lalu menekup wajahnya erat.
Mencintai
tak semestinya memiliki. Kan? Be happy if she’s happy, bro.